Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Saya bersyukur kepada Allah kerana
mengurniakan kelapangan dan sedikit kemudahan, ingin saya manfaatkan dengan
menyalin satu bab yang terkandung dalam kitab MUKASHAFAH AL QULUB (Penenang
Jiwa) karangan Hujatul Islam Imam Al-Ghazali, rahimahu Allah.
Secara
peribadinya bagi saya kitab ini sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan bagi
umat Islam seluruhnya kerana ianya banyak mengandungi panduan dan pedoman untuk
kita menuju kearah kecantikan iman dan amal. Cuma sedikit kemuskilan kerana
cetakan yang kedua belas kitab ini terlalu banyak perubahan gaya bahasanya.
Jelasnya gaya bahasa dari karangan-karangan Imam Al-Ghazali yang lainnya
sangatlah berbeza dari yang ini, ianya lebih halus dan indah bahasanya. Walau
bagaimana pun ianya masih sebuah sumber ilmu yang bermutu.
Saya
memohon ampun dari Allah jika terdapat kekurangan dari salinan saya dan saya
memohon maaf dari para pembaca sekeliannya. Dan di sini hanyalah 1 bab dari 111
bab yang terkandung didalam Mukashafah
Al Qulub Bab 37 - Qada Untuk Manusia.
Telah
berkata Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tahukah engkau siapa si miskin itu?" Kami berkata, "lalah orang yang tidak punya dirham,
dinar atau harta. " Nabi SAW bersabda: "Umatku yang miskin itu orang yang datang
di hari Kiamat membawa solat, puasa dan zakat namun dia memaki, menuduh,
memakan harta, menumpahkan darah dan memukul. Maka kebaikannya diberikan kepada si anu dan si anu. Jika habis kebaikannya sebelum selesai
hutangnya, maka kesalahan mereka diberikan kepadanya lalu dia dilemparkan ke
Neraka."
Bagaimana
nasibmu di hari itu? Kebaikanmu hilang oleh riak dan tipu daya syaitan. Jika
kamu ada satu kebaikan dapat menyelamatkanmu tetapi musuhmu telah mengambilnya.
Jika kau teliti puasamu di siang hari dan ibadahmu di malam hari, pada hari itu
belum cukup pula untuk menebus ghibahmu, bagaimana dengan keburukan yang lain,
seperti makan benda yang haram dan syubhat serta meninggalkan ibadah? Bagaimana
engkau ingin bersih dari kezaliman di mana bukti bicara di hari itu?
Abi
Zar merawikan bahawa Rasulullah SAW melihat dua ekor kambing sedang
bertanduk-tandukkan. "Hai Abi Hurairah, tahukah engkau mengapa kambing itu
bertanduk-tandukkan?" Tanya Rasulullah. "Tidak," Aku menjawab.
"Tetapi Allah tahu dan akan mengadilinya di hari Kiamat. " Kata
Rasulullah.
Dalam
menafsirkan ayat:
"Tiadalah (haiwan) yang me/ata di bumi dan
tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan semuanya itu
beberapa umat seumpama kamujuga ... " (Q.S. Al An 'am: 38)
Abi
Hurairah berkata, "Semua manusia, binatang melata dan burung, pada hari
Kiamat dibawa untuk mendapat pengadilan dari Allah, lalu setengahnya berkata,
"Wahai sekiranya aku jadi debu saja." Dan demikianlah ucapan orang
kafir. Bagaimanakah keadaan kau jika melihat bukumu tidak ada catatan kebaikan.
Lalu kau berkata, di mana kebaikanku dan dikatakan, "Telah diberikan
kepada musuh-musuhmu." Jika kau lihat bukumu penuh keburukan di mana kau
telah sabar meninggalkannya. Lalu kau berkata, "Ya Tuhan, keburukan ini
sama sekali tidak pernah kulakukan." Maka dikatakan, "Itulah
keburukan orang yang kau ghibahi, kau maki dan kau zalimi dalam
bermuamalat."
Ibnu
Mas'ud berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: "Syaitan tidak mengharapkan kau menyembah berhala di bumi Arab
tetapi dia rela dengan keburukan darimu yang lebih hina dari itu. "
Hindarkan
kezaliman seboleh yang mungkin. Di hari Kiamat seorang hamba datang membawa
segudang ketaatan. Dia kira akan menyelamatkannya. Tapi selalu datang orang
berkata, "Ya Tuhan si fulan menganiayaku." Allah berkata,
"Ambillah kebaikannya." Demikianlah seterusnya hingga habis
kebaikannya sama sekali.
Ketika
turun ayat:
"Sungguh engkau akan mati dan sesungguhnya
mereka akan mati pula. Kemudian kamu berbantah-bantahan pada hari Kiamat di
sisi Tuhanmu. " (Q.S. Az Zumar: 30)
Az-Zubair
berkata, "Betapa dahsyat hari di mana tidak diampuni satu langkah, satu
tamparan dan tidak pula satu kata. Yang dianiaya membalas yang
menganiaya." Az-Zubair berkata, "Ya Rasulullah, berulang-kalilah kita
bertanggung-jawab ke atas dosa masing-masing?" Rasulullah menjawab,
"Benar, berulangkali. Hingga kau berikan setiap hak yang punya hak."
Berkata
Anas: Kudengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah
membawa hamba-hamba dengan telanjang, berdebu dan belum jelas. " Kutanya, "Apakah belum
jelas itu?" Rasulullah bersabda, "Mereka tidak punya apa-apa.
Kemudian Tuhan memanggil mereka dengan suara yang terdengar dari jauh mahupun
dekat. "Aku Raja. Tidak akan ahli Syurga masuk Syurga, sedang dia
menzalimi seorang ahli Neraka, sebelum dibayarnya. Tidak pula ahli Neraka masuk
Neraka, sedang ia menzalimi seorang ahli Jannah, sebelum ditebusnya. Sekalipun
satu tamparan." Kutanya lagi, "Bagaimana kami datang dengan telanjang,
berdebu dan tidak jelas itu?"
Rasulullah
SAW bersabda:
"Yakni dengan kebaikan dan keburukan.
Takutlah menganiaya orang dengan mengambil harta, tidak menjaga harga diri,
menyedihkan hati dan jahat dalam bergaul dengan mereka. Antara hamba dengan
Allah ada ketentuan. Ampunan kepadanya lebih cepat. Orang yang zalim, telah
bertaubat, namun mereka susah untuk minta halal pada yang dizalimi, hendaklah
memperbanyak kebaikannya untuk hari qisas. Sukalah aku kebaikan antara dia dan
Allah dengan penuh ikhlas. supaya boleh mendekatkannya kepada Allah hingga
mendapat rahmat-Nya dan menyembunyikan dia pada kekasih-kekasih-Nya yang mukmin
dalam menolak kezaliman darinya. "
Dari
Anas, suatu hari Rasulullah SAW duduk. Kami lihat baginda tertawa hingga
kelihatan gigi tengahnya. Umar bertanya, "Apakah yang membuatkan engkau
tertawa, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Dua lelaki umatku
berdebat di hadapan Tuhan. Yang satu berkata, "Ya Tuhan, ambillah untukku
kezaliman saudaraku kepadanya!" Tuhan berkata, "Berikan saudaramu
kezalimanmu padanya!" Lelaki itu berkata, "Ya Tuhan, aku tidak punya
kebaikan lagi." Allah berkata kepada lelaki yang meminta. "Apakah
yang hendak kau perbuat, dia tidak punya kebaikan apa-apa?" Lelaki itu
menjawab, "Tuhanku, pikulkan keburukanku padanya."
Anas
berkata, "Rasulullah menangis, berlinang air matanya. Lalu baginda bersabda,
"Itulah hari dahsyat, di mana orang ingin benar dosanya dipikulkan."
Rasulullah berkata, "Kemudian Allah berkata kepada lelaki yang meminta, "Angkatlah kepalamu, lihatlah
Syurga." Lelaki itu mengangkatt kepala lalu berkata, "Ya Tuhan kulihat
kota dari perak indah dan gedung dari emas bertatahkan lukluk. Untuk nabi mana
ini? Atau untuk siddiq mana ini? Atau untuk syahid siapa ini?" Allah
berkata, "Untuk orang yang memberikan harganya pada-Ku." Orang itu bertanya lagi, "Ya Tuhan siapa
orang yang memiliki harganya?" Allah berkata, "Kamu
memilikinya." Lelaki itu bertanya lagi, "Apa itu harganya?"
Allah berkata, "Ampunan kepada saudaramu." Lelaki itu berkata,
"Tuhan, aku telah mengampuninya." Allah berkata, "Jabatlah
tangannya, bawalah ia masuk ke Syurga." Kemudian Rasulullah SAW bersabda
ketika itu, "Takutlah kepada Allah, berdamailah kamu kepada sesamamu.
Allah mendamaikan sesama mukmin."
Ini
peringatan, bahawa hal itu boleh didapati dengan memiliki akhlak Allah. Yakni
suka berdamai dengan sesama saudara. Fikirkan jika dalam bukumu tidak ada
kezaliman atau kau diampuni dan mendapatkan nikmat abadi, betapa bahagia kau
menerima keputusan. Dikenakan padamu mahkota redha, dijamin dengan kebahagiaan
dan kenikmatan yang tidak ada hentinya. Saat itu hatimu melayang bahagia,
mukamu putih berseri, bersinar bagai bulan purnama, luhur di antara manusia,
tanpa beban dosa,kesejukan redha bersinar dari dahimu, semua orang memandangmu,
terpegunkan keelokan dan keindahanmu. Para Malaikat mengelilingimu dan
menyerukan, "Ini, si fulan bin fulan, telah redha dan diredhai akan
bahagia selamanya."
Bukankah
balasan itu lebih agung dari kedudukan di hati manusia yang kau dapatkan di
dunia dengan riak dan kepalsuanmu? Jika kau tahu lebih agung, usahakanlah untuk
mendapatkannya dengan keikhlasan dan ketulusan niat dalarn bermuamalah bersama
Allah. Jika tidak, kau akan celaka. Di mana dalam bukumu, kesalahan yang kau
anggap ringan itu adalah besar di hadapan Allah. Dia memurkaimu dan berkata,
"Terimalah laknat-Ku hai hamba yang jahat, tidak KU-terima ibadahmu."
Tentu
saja, setelah mendengarnya, mukamu jadi hitam dan malaikat membencimu kerana
kemurkaan Allah. Mereka berkata, "Terimalah laknatku dan laknat semua
manusia." Kerana kemurkaan Allah, Malaikat zabaniah pun turut murka
padamu. Mereka mencengkam ubun-ubunmu lalu mengangkatmu hingga orang-orang
melihat betapa hitam mukamu dan nampak jelas kesedihanmu. Kau meratap dan
mereka berkata, "Merataplah terus!" Dan para Malaikat berkata,
"Ini, si fulan bin fulan, keburukan dan kedukaan telah dibukakan Allah.
Dia melaknatinya setimpal keburukanya. Ia akan sengsara."
Mungkin
itu kerana dosa yang samar, ia takut tembelangnya terbongkar dan mencari
kedudukan di hati orang. Betapa bodoh kau sembunyikan tembelangmu di hadapan
sekelompok manusia di dunia, tapi tidak takut terbongkar di hadapan semua
manusia bersama kemurkaan Allah dan seksaan-Nya yang pedih di tangan Zabaniah.
Inilah keadaanmu. Tapi kau tidak hiraukan juga. (ubes)

No comments:
Post a Comment